SOALAN
JAWAPAN
Dari tanda-tanda yang puan sebutkan, sembelit yang puan alami adalah sembelit kerana najis disimpan lebih dari sehari. Dari penspektif naturopathy, keadaan ini dikategorikan sebagai sembelit tidak kira samada bentuk fisikal najis keras berketul-ketul atau tidak. Najis tersimpan selama berhari-hari jika berlaku secara berterusan pada jangka panjang boleh menimbulkan pelbagai simtom sepeti simtom-simtom yang puan sebutkan. Simtom-simtom lain ialah
- Tubuh sentiasa berasa panas
- Senak perut
- Mudah mengalami pelbagai penyakit seperti sakit tekak dan batuk dengan/tanpa kahak berpanjangan, demam, dan sakit mata
- Kulit dan bibir kering dan wajah yang tidak sihat
- Mudah meradang
- Gusi sakit dan berdarah
Darah orang yang sembelit mengandungi toksin seperti acetaldehyde sebagai pencetus radikal bebas dan bersifat karsinogenik (membentuk kanser). Dari perspektif naturopathy, ia berpunca dari 'congested liver', iaitu hati sesak dengan bahan-bahan bertoksin mengabikatkan ia berfungsi secara kurang sempurna.
Hasilnya, pelbagai vitamin dan galian dibazirkan untuk mengangani pendetoksifikasi bahan-bahan bertoksin.Selain itu nutrien dari makanan dan suplemen samada tidak mencukupi atau tidak dapat digunakan dengan sempurna untuk tindakbalas-tindakbalas biokimia tubuh termasuk pembentukan enzim, hormon, neurotransmitter, kesihatan DNA, serta kesihatan sel.
Sembelit berpanjangan boleh mengakibatkan kanser pada usus besar, sigmoid colon, atau colon termasuk organ-organ lain. Secara tidak langsung ia dipercayai jadi salah satu faktor penyumbang masalah kardiovaskular.
GAYA HIDUP
- Kurang/elakkan makanan yang menyebabkan sensitiviti/tindakbalas makanan
- Elak/kurangkan makanan bermajerin, bergoreng, bergula dan terproses.
- Ambil makanan menurut metabolisma. Uji dengan mengambil 1,000 mg vitamin C setiap sejam selepas sarapan sebanyak enam kali sepanjang hari. Jika berasa tidak selesa, murung dan lesu tumpukan daging, tingkatkan lelemak, ambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang sesuai. Jika mengalami peningkatan tenaga dan tidur lebih nyenyak tumpukan ikan, sayur-sayuran hijau dan kurangkan lemak. Jika hasil ujian tiada perubahan, ambil dari kedua-dua kategori sama-rata.
- Minum masak/galian sehingga antara 6-8 gelas sehari.
- Setiap pagi, larutkan ½ sudu teh garam bukit/gunung Himalaya dengan secawan air dan minum. Amalkan penggunaannya dalam masakan. Ia dipercayai boleh meredakan tindakbalas makanan dan sembelit.
- Ambil minyak hati ikan kod, 1 sudu besarsetiap kali. 3 X sehari. Bertindak meredakan keradangan dan bantu memulihara membran sel.
- Bersenam sekurang-kurangnya dengan berjalan 30 minit, 3 X seminggu.
- Kenalpasti punca stres dan urus dengan bijak
HERBA
Air rebusan Pegaga, LobakPutih dan/atau Halba - Bantu mentona hati, merehatkan usus, memperbaiki pencernaan.
Teh serbuk daun barli atau gabungan Hempedu Bumi, Kunyit, Halia juga membantu. Gabungan Wai San dan Dong Sam juga sesuai.
Teh gabungan Serai, Pudina, Jintan Manis, kulit Limau mandarin, daun Limau Purut bantu rehatkan usus dan redakan sembelit
Daun Durian Belanda - 2-3 helai daun kering diramas, rendam dengan secawan air panas selama 10 minit. Minum 2-3kali sehari. ia bertindak mencegah/meredakan sembelit dan antikarsinogenik (mencegah pembentukan kanser). Boleh dicampurkan dengan halia, kayu manis, pelaga menurut kesan terapiutik dan kegemaran seseorang.
Air teh bunga (bunga Crysanthemum – Ju Hua). Rendam 3 kuntum kering dengan secawan air panas selama10 minit, ambil 2-3X sehari.
Minyak zaitun dan/atau minyak kelapa dara. 1-2 sudu setiap kali, 3 X sehari. Untuk kesan lebih sempurna amalkan dengan menggabungkan dengan 1 sudu cuka epal dan ½ cawan air, ambil 3 X sehari.
Herbalis Bahrain MH
http://www.artikelduniaherba.blogspot.com/