Wednesday, November 14, 2007

SUAMI DINGIN SEKS


Disiarkan dalam majalah MIDI, Okt 1, 2007


SOALAN


Saya berumur 39 tahun manakala suami berumur 43. Sejak beberapa tahun kebelakangan suami kurang melayani kehendak biologi saya sedangkan saya sentiasa membara. Dulu beliau merasa selesa apabila saya mengurut atau memicit tubuh termasuk zakarnya. Hari ini zakarnya tidak tegang seperti dulu. Kekerapan melakukan hubungan suami isteri semakin berkurangan. Kalau dulu selalu bergurau-senda, sekarang apabila masuk bilik beliau terus tidur. Beliau sering sukar berejakulasi, patah dayung dan ada kala beliau tertidur ketika melakukan hubungan biologi.


JAWAPAN


Suami puan secara perlahan-lahan sedang mengalami kekurangan selera seksual dan masalah ereksi. Ia boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti

  • Pengambilan sesetengah ubatan moden
  • Masalah kardiovaskular
  • Kekurangan nutrien tertentu
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Stress dari pelbagai punca
  • Tekanan darah rendah
  • Teknik isteri melayan suami

Jika dikenalpasti, setiap faktor di atas boleh diredakan dengan pelbagai kaedah termasuk mengamalkan kaedah perawatan naturopath.

Dalam ugama Islam, isteri adalah ladang tempat suami berucucuk tanam. Allah juga berpesan kepada para suami agar memelihara pandangan serta kemaluan kecuali kepada isteri.

Oleh itu suami dan isteri boleh mengecapi berbagai jenis keseronokan dengan penggunaan pelbagai teknik fisikal terhadap seluruh tubuh suami asalkan dalam batas-batas ugama. Sikap keterbukaan kedua-dua pihak amat diperlukan untuk meningkatkan kebahagian.


Urutan


Urutan adalah salah satu teknik untuk meningkatkan rangsangan seksual suami. Lakukan untuk keseronokan atau sebelum melakukan hubungan biologi.

  • Gantikan minyak urut tradisinal dengan minyak aromatherapi. Contohnya 3 titik Neroli atau 5 titik Basil dengan 4 sudu besar minyak masak. Minyak sawit adalah terbaik dari segi kelikatan dan mengandungi vitamin E.
  • Untuk menghasilkan perbezaan urut di bahagian tubuh yang jarang diurut contohnya ketiak, telinga, celah punggung.
  • Urut zakar suami dengan teknik-teknik yang berbeza-beza. Suami puan bleh cadangkan teknik yang digemarinya. Urut kepala zakar dengan jari-jari atau gosok dengan tapak tangan. Gunakan kedua-dua tangan. Sebelah mengurut kepala/batang zakar, sebelah mengurut kerandut.
  • Benarkan suami untuk mengurut zakarnya sendiri sambil puan menjalankan peranan dengan mengurut bahagian-bahagian lain tubuhnya. Selain urutan, penggunaan bibir dan lidah juga boleh menimbulkan rangsangan terutama kepada bahagian tertentu tubuh termasuk bahagian dada, perut, peha, punggung, belakang tubuh.
  • Cadangkan suami tidur sebentar selama 30 minit sebelum sesi mengurut. Minda/tubuh yang rehat dikuasai oleh Sistem Saraf Parasimpatetik meningkatkan sensitiviti kulit terhadap sentuhan dan meningkatkan daya ereksi.

Sukar berejakulasi boleh di atasi dengan mengubah posisi, contohnya suami mendatangi dari belakang. Setelah puan berorgasme, suami atau puan boleh memasturbasi zakar suami dengan minyak aroma atau gel.


Gaya Hidup


Libido boleh ditingkatkan dengan langkah-langkah berikut:

  • Makanan yang sihat terdiri berbagai jenis untuk menyumbang nutrien. Elakkan marjerin atau lemak terhidrogenasi dan tidak makan berlebihan. Kurang/elakkan makanan bergoreng.
  • Lakukan senaman bersama-sama samada berjalan atau berlari selama 30 minit, 3X seminggu. Kekerapan menurunkan paras hormon cortisol dan meningkatkan paras DHEA.
  • Amalan makan kuaci biji labu organik dan selaput oat (oat bran) menyumbang Zinc.
  • Kurang/berhenti merokok.
  • Ambil multivitamin atau B kompleks.
  • Sentiasa puji suami secara bijak samada berkaitan kehidupan seharian, pencapaian atau seksual.


Herba


  • Herba-herba adaptogenik seperti Ganoderma atau Siberian Ginseng atau Ashwagandha dapat membantu mengawal paras hormon cortisol dan merembiskan hormon-hormon adrenal pada masa yand diperlukan. Paras DHEA akan meningkat dan ia dikaitkan sebagai prekursor kepada hormon testoterone.

  • Air pinang muda, 1 sudu besar selepas makan malam. Ambil selama 2 minggu. Dikatakan membantu meningkatkan libido.

  • 5 kuntum chrysanthemum (Ju Hua - kedai singseh) dan 3-5 biji buah pelaga direndam dengan secawan air panas selama 10 minit. Minum sebelum dan selepas sesi mengurut atau sebelum hubungan biologi.

Herbalis Bahrain MH

No comments: