Wednesday, November 14, 2007

TEKANAN DARAH RENDAH


Disiarkan dalam majalah MIDI, Julai 1, 2007


SOALAN


Saya bakal berusia 42 tahun. Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang tekanan darah rendah yang sedang alami sejak tahun lalu. Sesekali saya akan rasa pusing dan gelap mata terutama hendak bangun dari tidur. Doktor memberi ubat pening dan vitamin serta minta saya banyakkan berehat. Adakah perkara ini berlaku setelah beberapa kali menjalani dilation & curettage (D&C) pada tahun lalu? Saya mempunyai 5 orang anak yang berusia dari 6 hingga 20 tahun. Tekanan darah rendah ini menyekat dari saya bermain bola jaring kerana setiap kali bermain, peluh akan keluar dengan banyak tetapi sebelah kanan badan sahaja. Manakala saya juga mengalami susah tidur malam. Harap berikan penjelasan.


JAWAPAN


Tekanan darah rendah (hypotension) ialah istilah perubatan untuk tekanan darah dengan bacaan di bawah paras 90/60 mm Hg. Simtom-simtom seperti gelap mata dan mudah pitam adalah tanda bahawa darah tidak sampai ke otak dalam jumlah yang mencukupi.

Soalan samada D&C mempunyai pengaruh kepada tekanan darah dan dalam kes puan sebagai tekanan darah rendah saya jelaskan dari sudut perubatan tradisional China. Meridian hati turun dari dada ke perut, kemudian mengelilingi kemaluan sebelum turun ke bawah melalui peha. Tekanan darah rendah dikaitkan dengan darah tidak beredar dengan sempurna dan oleh itu organ hati perlu diberi perhatian.

Dari perspektif naturopath atau perawatan kesihatan semulajadi, setiap organ yang diganggu dengan cara pembedahan akan memberi kesan kepada fungsi-fungsi normal organ tersebut dan seterusnya boleh mengganggu fungsi organ-organ lain.

Simtom-simtom – Simtom-simtomnya berbagai. Setiap individu mengalami gabungan simtom-simtom tertentu. Simtom-simtom yang biasa dialami: sakit kepala, kepala rasa melayang, penglihatan kabur, kurang fokus, loya atau perut merasa tidak selesa, lemah lemah, pitam, denyutan nadi lemah, rasa sejuk, pernnafasan tersekat-sekat, lesu, kulit lembap.

Ubatan moden - Sesetengah ubatan moden boleh menyebabkan tekanan darah rendah: ubatan digunakan untuk pembedahan, agen-agen anti-keresahan, perwatan untuk tekanan darah tinggi, diuretic (agen melancarkan pembuangan air kencing, biasa digunakan untuk meredakan tekanan darah tinggi,ubat-ubatan untuk jantung, sesetengah ubatan anti-kemurungan, ubat tahan sakit (narcotic analgesics), alcohol.

Sekiranya ubat-ubatan moden menjadi punca, sila berbincang dengan doktor anda untuk mengambil langkah tertentu atau menukar ubatan yang lebih sesuai.

Punca-punca lain – dehaidrasi, kegagalan jantung, serangan jantung, ritma jantung berubah (arrhythmias), pitam, tindakan alahan (anaphylaxis), terkejut (dari infeksi yang teruk, strok, anaphylaxis, mengalami peristiwa emosi yang parah, serangan jantung), diabetes yang teruk.


Gaya Hidup


1. Untuk bangun dari posisi berbaring, duduk dahulu selama 10 saat sebelum bangun. Sholat waktu secara tetap adalah pergerakan paling universal untuk menggerakkan semua jenis meridian dan memperseimbang peredaran darah.

2. Teruskan mengambil multivitamin yang dibekalkan.

3. Makanlah makanan yang menyihatkan dan seimbang. Makan

makanan yang sesuai dengan metabolisma anda. Elakkan

makanan yang menghasilkan tindakbalas makanan.

4. Sediakan jus dari lobak bit (beet root) 30 g, parsley 15 g

bahagian. Minum tanpa gula 1 X sehari.

5. Sekiranya mengalami stres, kenalpasti punca dan jika tidak boleh

dihindari, urus dengan bijak


Herba yang sesuai


-------------------------------------peratus

Tang Kwei ----------------------------20

Yong Sam (Dang Shen)--------------- 20

Fu Ling -------------------------------15

Kei Chi ------------------------------- 15

Huang Ki -----------------------------10

Kulit limau kering --------------------10

Kulit Kayu Manis ----------------------7

Lada Hitam ---------------------------3


Rebus 10 gram gabungan herba di atas dengan 1.5 liter air sehingga air berkurang kepada separuh. Minum satu bahagian waktu pagi dan separuh lagi waktu malam.

Sekiranya puan mengalami stress contohnya kemurungan, ambil ashwagandha, 1 kapsul setiap kali, 3 X sehari. Rebusan pokok semalu atau pandan wangi juga boleh membantu.


Haidrotherapi


Isi besen dengan dua liter air panas. Larutkan segenggam garam bukit Himalaya dan 2 sudu besar kapur sirih. Tambahkan 2 inci halia dititik. Apabila air suam kuku, rendam kaki selama 15-20 minit. Lakukan setiap hari 1 X sehari.


Aromatherapi


Panaskan 1 cawan minyak kelapa sawit dengan suhu rendah dengan ½ sudu lada hitam dan 1 inci lengkuas selama 5 minit. Sapu dan urut tapak kaki, lengan dan tengkuk.


Herbalis Bahrain MH

No comments: