Wednesday, November 14, 2007

TINDAKBALAS MAKANAN


Disiarkan dalam majalah MIDI, Jun 1, 2007


SOALAN

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya dapati setiap kali saya makan makanan-makan diperbuat dari tepung seperti lempeng, roti, dan roti canai, perut saya merasa sebu. Kadang-kadang kepala dan tengkuk saya terasa berdenyut. Saya mengalami berlebihan berat badan dan perut agak buncit. Makanan-makanan tersebut menjadikan perut saya bertambah buncit dan berangin. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini.


JAWAPAN

Simtom-simtom yang puan alami akibat dari memakan makanan-makanan tersebut menunjukkan puan mengalami tindakbalas makanan. Tindakbalas makanan ialah makanan-makanan reaktif yang mengalami tindakbalas samada dalam trek pencernaan, di dalam aliran darah dan organ-organ lain.


Perbincangan


Secara umum, makanan bertepung yang puan biasa makan tersebut mengandungi karbohidrat dan tepung garing yang berwarna perang. Saya akan terangkan bagaimana kedua-duanya mengalami tindakbalas dalam tubuh.

Karbohidrat dalam makanan-makanan bertepung puan adalah dari jenis mudah melepaskan glukos dengan pantas. Secara keseluruhan boleh diandaikan bahawa makan roti canai juga akan melepaskan gula dengan pantas ke dalam darah walau pun penyediaannya biasanya mengandungi marjerin. Lemak dikatakan dapat melambatkan pelepasan glukos. Oleh itu, roti-roti yang berinti manis juga dipercayai berada dalam kategori yang serupa.

Pelepasan glukos secara pantas menyebabkan tindakbalas stress yang lebih tinggi dari paras biasa kerana glukos yang dihasilkan dengan banyak secara mendadak untuk di bawa oleh insulin menuju ke sel-sel untuk dijadikan tenaga. Tekanan darah tinggi disebabkan oleh arteri mengecut menyebabkan kepala dan tengkuk puan berdenyut. Sekiranya ia berlarutan lebih dari sejam, biasanya ia berpunca dari tandakan radikal bebas dan tindakbalas sistem kekebalan seperti diterangkan di bawah.

  • Tepung garing mengandungi acryl amides - punca radikal bebas
  • Kulit roti pula memngandungi kombinasi gula dan protin membentuk glycated proteins – punca radikal bebas

Serangan radikal bebas menjadikan sel-sel usus membengkak dan dikelilingi oleh air. Secara keseluruhan, usus puan akan mengalami pembengkakan dan bermanifasteasi sebagai buncit.

Tepung mengandungi marjerin apabila dipanaskan berubah kepada lemak-lemak teroksida atau membentuk polimer tertentu – pencetus radikal bebas. Begitu lemak trans dari marjerin

Kandungan phytate dalam tepung juga boleh mencetus serangan sistem kekebalan yang berakhir dengan keradangan.

Apabila berlaku keradangan, usus puan menjadi kejang dan inilah punca puan mengalami perut berangin. Sesetengah individu akan mudah mengalami ketidakhadaman selama beberapa hari selepas memakan makanan-makanan reaktif. Makanan-makanan spara hadam dalam bentuk molekul-molekul makro akan masuk ke dalam aliran darah dan mengalami serangan dengan antibodi lain. Aklhirnya seseorang akan mengalami kearadangan sistemik iaitu keradangan di seluruh tubuh yang boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit.

Sesetengah molekul makro membentuk komplek antigen-antibodi (antigen-antibody complex) dan tersumbat di bahagian yang paling jauh seperti sendi-sendi jari. Apabila ia berlaku, ia sekali lagi diserang dan terjadi pula rheumatoid arthritis.


Cara mengatasi


Stress yang dihasilkan oleh makanan berkarbohidrat jenis pelepasan glukos secara pantas menghasilkan stres jangka pendek tetapi stress yang dihasilkan oleh keradangan pula biasanya berpanjangan. Cara untuk mengurangkan kadar tindakbalas makanan ialah dengan cara mengelakkan dari mengambilnya. Untuk karbohidrat jenis pelepasan glukos secara pantas pula, ia boleh dimakan dengan lemak-lemak yang sihat seperti hati minyak ikan kod dan/atau minyak kelapa dara. Kedua-duanya dikatakan dapat melambatkan pelepasan glukos.

Kes di atas tindakbalas makanan adalah sebahagian dari punca keradangan. Punca-punca lain ialah antara lain stress berpanjangan, pendedahan kepada bahan-bahan kimia tertentu, detoksifikasi tubuh yang kurang berfungsi, serta paras glukos tinggi dalam darah seperti di alami oleh pesakit diabetis.


Herba


Makanan-makanan reaktif perlu dielakkan dan herba-herba berikut hanya membantu meredakan keradangan. Ia tidak dapat membuang punca yang mengakibatkan keradangan. Uji cuba mana yang sesuai.

Tumbuk ½ biji bawang besar, atau 1 ulas bawang putih, tambah ½ camca teh cuka epal, 3 X sehari.

Teh: kunyit, chamomile, chrysanthemum.

Kapsul: Sarsaparilla atau Cat’s Claw 1 kapsul setiap kali, 3 X sehari

Jus lobak putih, kobis,atau broccoli: tumbuk 2-3 jari, campur dengan 1/2 cawan air panas. Minum ½ cawan setiap kali, 3x sehari.

Sekiranya mengalami diarrhea, rebusan daun jambu batu atau daun manggis bersama halba dan kayu manis dapat membantu.

Herbalis Bahrain MH

No comments: